Friday, February 29, 2008

PROGRAM ANAK SOLEH, MOTIVASI DAN KHEMAH IBADAH MUSIM CUTI SEKOLAH


JANGAN BIARKAN CUTI SEKOLAH ANAK ANDA BERLALU TANPA BERFAEDAH

Objektif Program

Program di adakan untuk kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas bagi memahami dan menghayati kepentingan solat, beradaban Islam dan menanam semangat cintakan Al-Quran ( membudayakan Al-Quran), kasih sayang terhadap kedua ibubapa serta keyakinan diri di kalangan pelajar seterusnya merangsangkan pembangunan insan yang rabbani.

Modul Program
Modul program adalah berbentuk berkumpulan ( membaca Al-Quran & hafazan surah, sembahyang berjemaah), ujian kefahaman, mendengar taklimat & syarahan dari tenaga pengajar Fathul Furqan dan pensyarah jemputan (Al-Hafiz).

Tempoh program
Bermula dari Jam 8pagi hingga 5 petang (selama 5 Hari).

Susunan Program

Hari 1-
Mendengar taklimat, motivasi keyakinan diri dan pembentukan anak soleh serta sembahyang berjemaah. Pengenalan diri setiap peserta/pelajar.
Hari 2- Hafazan, syarahan ketamadunan Islam (sejarah Islam), latihan berkumpulan dan
solat berjemaah. Syarahan bagaimana konsep untuk mencintai solat dan Al-Quran
Hari 3- Latihan bekumpulan, syarahan konsep beradaban Islam dan kaedah menjadi insan yangsoleh. Hafazan dan sembahyang berjemaah termasuk wirid
Hari 4- Memberi syarahan ketika manusia menghadapi nazak, teladan mereka yang mengingkari perintah allah dan menderhaki kedua ibubapa, keberkatan solat dan fitrahnya
Hari 5- Memberi syarahan solat-solat sunat di dalam Islam, doa-doa yang digalakan dan pengetahuan solat jenazah. Ujian intensif terhadap amali solat dan bertulis

Untuk membantu pelaksanaan modul di atas , buku tulis,ABM , VCD dan Slide akan digunakan.

Bayaran - RM80.00 termasuk makan (pagi & tengahari) dan mimum petang

Tempat Program : Di KAFA Fathul Furqan PUTRAJAYA Dan KAFAI Fathul Furqan, Puchong.

Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian 012 2017471, 019 333 9071, 019 3339073 (Ustazah Rosmaini Hj Jusoh- Pengetua)

No comments: