KAFA (Isnin-Jumaat), Masa: 2.15 - 5.15 ptg,kanak-kanak 7-12 thn,UJIAN,PTT,PAT,UPKK THN 5 JAKIM, PSRA JAIS THN 6, UPSRA JAWI THN 6. KELAS ALQURAN (KPA PETANG), Masa: 5.15- 6.15 ptg, terbuka kanak-kanak 6 thn ke atas. KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN (KPA MALAM). Masa:8.00 - 9.30 mlm,terbuka kanak-kanak 6 thn ke atas. Transit Pelajar KAFA. Tel : 012 201 7471/013 224 2535/013 385 0268
Friday, February 29, 2008
PROGRAM ANAK SOLEH, MOTIVASI DAN KHEMAH IBADAH MUSIM CUTI SEKOLAH
JANGAN BIARKAN CUTI SEKOLAH ANAK ANDA BERLALU TANPA BERFAEDAH
Objektif Program
Program di adakan untuk kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas bagi memahami dan menghayati kepentingan solat, beradaban Islam dan menanam semangat cintakan Al-Quran ( membudayakan Al-Quran), kasih sayang terhadap kedua ibubapa serta keyakinan diri di kalangan pelajar seterusnya merangsangkan pembangunan insan yang rabbani.
Modul Program
Modul program adalah berbentuk berkumpulan ( membaca Al-Quran & hafazan surah, sembahyang berjemaah), ujian kefahaman, mendengar taklimat & syarahan dari tenaga pengajar Fathul Furqan dan pensyarah jemputan (Al-Hafiz).
Tempoh program
Bermula dari Jam 8pagi hingga 5 petang (selama 5 Hari).
Susunan Program
Hari 1-
Mendengar taklimat, motivasi keyakinan diri dan pembentukan anak soleh serta sembahyang berjemaah. Pengenalan diri setiap peserta/pelajar.
Hari 2- Hafazan, syarahan ketamadunan Islam (sejarah Islam), latihan berkumpulan dan
solat berjemaah. Syarahan bagaimana konsep untuk mencintai solat dan Al-Quran
Hari 3- Latihan bekumpulan, syarahan konsep beradaban Islam dan kaedah menjadi insan yangsoleh. Hafazan dan sembahyang berjemaah termasuk wirid
Hari 4- Memberi syarahan ketika manusia menghadapi nazak, teladan mereka yang mengingkari perintah allah dan menderhaki kedua ibubapa, keberkatan solat dan fitrahnya
Hari 5- Memberi syarahan solat-solat sunat di dalam Islam, doa-doa yang digalakan dan pengetahuan solat jenazah. Ujian intensif terhadap amali solat dan bertulis
Untuk membantu pelaksanaan modul di atas , buku tulis,ABM , VCD dan Slide akan digunakan.
Bayaran - RM80.00 termasuk makan (pagi & tengahari) dan mimum petang
Tempat Program : Di KAFA Fathul Furqan PUTRAJAYA Dan KAFAI Fathul Furqan, Puchong.
Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian 012 2017471, 019 333 9071, 019 3339073 (Ustazah Rosmaini Hj Jusoh- Pengetua)
PROGRAM TAHUNAN KAFA FATHUL FURQAN 2008
ا لسلا م عليكم ورحمة الله و بر كاته
Bagi mencapai tahap pengetahuan Ilmiah, pengisian motivasi dan kesedaran minda pelajar ke peringkat kelas pertama, beberapa program telah dibentuk oleh pihak pengurusan di antaranya seperti berikut:-
1) Perayaan Maulidur Rasul - Syarahan oleh Pensyarah Jemputan (MPI) dan Salawat Nabi
2) Isyak & Mikraj - Renungan dan taklimat oleh Pensyarah KIUM
3) Nuzul Quran - Syarahan kebesaran hari ini di dalam Islam
4) Perayaan Hari Guru - Jamuan Bersama guru dan pelajar
5) Jamuan Hari Raya di peringkat sekolah
6) Syarahan Dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Putrajaya (Kebakaran, kemalangan dan kaedah pencegahan)
7) Syarahan Dari Jabatan Polis, Putrajaya ( Isu-isu jenayah semasa & pencegahan)
8) Syarahan dari Jabatan Kesihatan ( kepentingan kesihatan , pemakanan yang sihat dan langkah menjaga kesihatan)
9) Pertandingan Imam & Bilal contoh di peringkat sekolah
10) Malam mesra bersama keluarga dan Khatam Al-Quran
11) Progam pengisian ilmu dan motivasi di dalam musim cuti sekolah
Semoga dengan adanya program di atas semuanya diberkati olehnya
ROSMAINI HJ JUSOH
Pengetua KAFA Fathul FurqanHP :012 201 7471 / 019 333 9071/ 013 385 0268