Terlebih dahulu saya selaku pengetua KAFA Fathul Furqan mengucapkan ribuan terima kasih ke atas kesudian Dato/Datin, tuan/puan (ibubapa) dan pelajar-pelajar sekian kerana melapangkan masa untuk melayari blog ini untuk mengenali secara lebih dekat terhadap KAFA FATHUL FURQAN.
Kafa ini telah ditubuhkan pada tahun 2004 dan beroperasi di Rumah Kedai 18A, Jln P9B1, Pangsapuri Hormoni, Presint 9, Putrajaya dengan tenaga pengajar seramai 6 orang yang berkululusan Ijazah luar negara ( Syariah & Usuluddin) dan Diploma Pengajian Islam Al-Quran & Al Sunnah (KUSZA).
Pada sesi persekolahan 2007, kami telah dilantik dan dipersetujui oleh masyarakat Lestari Putra untuk beroperasi kelas KAFA di Taman tersebut dengan nama KAFA INTEGRASI FATHUL FURQAN di No 1 &3 , Jalan LEP 5/5, Taman Lestari Putra, Sek 5, Bdr Baru Putra Permai, 43300 Seri Kembangan Selangor.
Sebagai sebuah kelas KAFA yang telah didaftarkan dengan Jabatan Agama Islam, kehendak silibus pelajaran dan Korikulum KAFA yang telah ditetapkan oleh JAWI (di Putrajaya), JAIS (Selangor) serta apa jua objektif yang ditetapkan oleh pihak jabatan akan kami utamakan.
Matlamat utama penubuhan KAFA adalah untuk memberi pendidikan awal berkualiti kepada kanak- kanak yang berlandaskan Al-Quran dan Al-Hadis untuk membentuk satu generasi muslim yang rabbani, mewujud perkembangan minda kanak-kanak kelas pertama, cemerlang di dalam akademik, kepimpinan dan berakhlak yang terbilang.
KAFA Fathul Furqan menitikberatkan terhadap ilmu fardhu ain, kualiti pembacaan Al-Quran (tajwid) , disiplin, sahsiah diri dan konsep membudayakan bacaan Al-Quran bagi setiap pelajar.
Bagi merealisasikannya, pendekatan ceria mendidik dan mesra bersama ibubapa oleh kami, telah membukti keberkesanannya dimana ramai pelajar kami telah berminat untuk mendalami Al-Quran. Selain dari itu juga kesan yang menggalakkan dari segi perkembangan intelek, emosi, disiplin, kemampuan bertutur di dalam bahasa arab, hubungan sosial dan keceriaan kepada pelajar. Penubuhan Kafa ini adalah bukan untuk bersaing dengan kafa-kafa yang sediada akan tetapi ianya adalah untuk memberi satu contoh pendidikan fardhu ain yang terbaik dan terus cemerlang kepada kanak-kanak di awal usia.
Bagi memastikan pelajar kami terus cemerlang, beberapa program berbentuk jati diri dan motivasi telah dibentuk oleh kami dan insyaallah ianya akan dilaksanakan di dalam jangkamasa terdekat ini. Selain dari itu, infrastruktur kelas dan pembelajaran akan diperbaiki dari masa ke semasa.
Dengan kesempatan ini saya mewakili KAFA Fathul Furqan mengucapkan ribuan terima kasih ke atas pegawai-pegawai JAWI dan JAIS termasuklah MGGB, Petaling yang telah banyak membantu dan memberi tindak ajar kepada saya di dalam pembangunan kelas ini. Tidak lupa juga kepada kesemua ibubapa pelajar KAFA & KPA yang telah banyak memberi sokongan dan teguran kepada kami selama ini. Akhir sekali saya melafazkan dengan ucapan
وا لسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
ROSMAINI HJ JUSOH
Pengetua KAFA Fathul Furqan
HP :012 201 7471 / 019 333 9071/ 013 385 0268
No comments:
Post a Comment