Friday, November 23, 2007

SEKAPUR SIRIH DARI PENGETUA KAFA FATHUL FURQAN

ا لسلا م عليكم ورحمة الله و بر كاته

Terlebih dahulu saya selaku pengetua KAFA Fathul Furqan mengucapkan ribuan terima kasih ke atas kesudian Dato/Datin, tuan/puan (ibubapa) dan pelajar-pelajar sekian kerana melapangkan masa untuk melayari blog ini untuk mengenali secara lebih dekat terhadap KAFA FATHUL FURQAN.
Kafa ini telah ditubuhkan pada tahun 2004 dan beroperasi di Rumah Kedai 18A, Jln P9B1, Pangsapuri Hormoni, Presint 9, Putrajaya dengan tenaga pengajar seramai 6 orang yang berkululusan Ijazah luar negara ( Syariah & Usuluddin) dan Diploma Pengajian Islam Al-Quran & Al Sunnah (KUSZA).
Pada sesi persekolahan 2007, kami telah dilantik dan dipersetujui oleh masyarakat Lestari Putra untuk beroperasi kelas KAFA di Taman tersebut dengan nama KAFA INTEGRASI FATHUL FURQAN di No 1 &3 , Jalan LEP 5/5, Taman Lestari Putra, Sek 5, Bdr Baru Putra Permai, 43300 Seri Kembangan Selangor.
Sebagai sebuah kelas KAFA yang telah didaftarkan dengan Jabatan Agama Islam, kehendak silibus pelajaran dan Korikulum KAFA yang telah ditetapkan oleh JAWI (di Putrajaya), JAIS (Selangor) serta apa jua objektif yang ditetapkan oleh pihak jabatan akan kami utamakan.
Matlamat utama penubuhan KAFA adalah untuk memberi pendidikan awal berkualiti kepada kanak- kanak yang berlandaskan Al-Quran dan Al-Hadis untuk membentuk satu generasi muslim yang rabbani, mewujud perkembangan minda kanak-kanak kelas pertama, cemerlang di dalam akademik, kepimpinan dan berakhlak yang terbilang.
KAFA Fathul Furqan menitikberatkan terhadap ilmu fardhu ain, kualiti pembacaan Al-Quran (tajwid) , disiplin, sahsiah diri dan konsep membudayakan bacaan Al-Quran bagi setiap pelajar.
Bagi merealisasikannya, pendekatan ceria mendidik dan mesra bersama ibubapa oleh kami, telah membukti keberkesanannya dimana ramai pelajar kami telah berminat untuk mendalami Al-Quran. Selain dari itu juga kesan yang menggalakkan dari segi perkembangan intelek, emosi, disiplin, kemampuan bertutur di dalam bahasa arab, hubungan sosial dan keceriaan kepada pelajar. Penubuhan Kafa ini adalah bukan untuk bersaing dengan kafa-kafa yang sediada akan tetapi ianya adalah untuk memberi satu contoh pendidikan fardhu ain yang terbaik dan terus cemerlang kepada kanak-kanak di awal usia.
Bagi memastikan pelajar kami terus cemerlang, beberapa program berbentuk jati diri dan motivasi telah dibentuk oleh kami dan insyaallah ianya akan dilaksanakan di dalam jangkamasa terdekat ini. Selain dari itu, infrastruktur kelas dan pembelajaran akan diperbaiki dari masa ke semasa.
Dengan kesempatan ini saya mewakili KAFA Fathul Furqan mengucapkan ribuan terima kasih ke atas pegawai-pegawai JAWI dan JAIS termasuklah MGGB, Petaling yang telah banyak membantu dan memberi tindak ajar kepada saya di dalam pembangunan kelas ini. Tidak lupa juga kepada kesemua ibubapa pelajar KAFA & KPA yang telah banyak memberi sokongan dan teguran kepada kami selama ini. Akhir sekali saya melafazkan dengan ucapan


وا لسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


ROSMAINI HJ JUSOH
Pengetua KAFA Fathul Furqan
HP :012 201 7471 / 019 333 9071/ 013 385 0268

LOKASI KAFA FATHUL FURQAN PUTRAJAYA


KAFA Fathul Furqan terletak
Rumah Kedai 18A ( Atas Kedai Hot Link/sebelah Restoran Sutera Ungu),
Rumah Mampu Milik (Pangsapuri Hormani), Presint 9, Putrajaya
atau untuk keterangan lanjut:
Sila hubungi 012 201 7471/ 019 333 9071/013 385 0268 (Ustz Rosmaini Hj Jusoh) atau datang terus ke KAFA kami pada waktu pejabat

KAFA FATHUL FURQAN PUTRAJAYA


Bilik Kuliah yang berhawa dingin untuk keselesaan pelajar.

BILIK RUNDINGAN - KAFA FATHUL FURQAN PUTRAJAYA


KAFA INTEGRASI FATHUL FURQAN LESTARI PUTRA




Bangunan KAFA Integrasi Fathul Furqan
No.1, Jalan LEP 5/5, Taman Lestari Putra, Sek 5
Bangunan sebelah (No.2) akan dibuka pada sesi persekolahan Jan 2008, dimana untuk menempatkan tambahan Kelas KAFA, Pra KAFA dan Bilik Transit Pelajar agar lebih selasa serta mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif.


Thursday, November 22, 2007

KAFA INTEGRASI FATHUL FURQAN, LESTARI PUTRA









Terdapat 5 Bilik Darjah yang dilengkapi dengan kipas, meja kerusi yang selesa serta dapat menampung 15 orang pelajar bagi setiap darjah pada satu sesi



BILIK PERBINCANGAN & PENGETUA DAN BILIK AKTIVITI AMALI SOLAT - KAFA INTEGRASI FATHUL FURQAN, LESTARI PUTRA

















Amali solat, wirid dan doa diberi penekanan oleh kami bagi setiap pelajar. Selain dari bacaan yasin secara berjemaah diwajidkan pada hari jumaat, ini adalah langkah membudayakan Al-Quran kepada setiap pelajar. Pertandingan imam dan bilal contoh dilaksanakan oleh kami sebagai langkah untuk memberi pendedahan dan keyakinan kepada pelajar serta kepentingan (fadhilat) sembahyang berjemaah. Konsep JQAF telah kami laksanakan bagi membantu pelajar semasa di sekolah kebangsaan (Kerajaan) yang dipraktikan sekarang tanpa menjejaskan silibus JAWI dan JAIS





Bilik rundingan dan perbincangan dengan Pengetua

Wednesday, November 21, 2007

UCAPAN ALU-ALUAN DARI PENGETUA KAFA FATHUL FURQAN





Pengetua KAFA FATHUL FURQAN) di Makan Malam & Hari Kecemerlangan Pelajar 2007





MAKAN MALAM DAN MESRA BERSAMA KELUARGA FATHUL FURQAN 2007




TENAGA PENGAJAR FATHUL FURQAN PUTRAJAYA


Makan malam bersama tenaga pengajar (ustaz) untuk Pengajian Al-Quran & Tajwid (KPA Malam- Dewasa)

MAKAN MALAM BERSAMA KELUARGA DAN PELAJAR FATHUL FURQAN 2007


MALAM KECEMERLANGAN PELAJAR 2007


Makan malam sebahagian keluarga pelajar KAFA Integrasi Fathul Furqan Lestari Putra.

PERSEMBAHAN LAGU NASYID OLEH PELAJAR KAFA FATHUL FURQAN


Persembahan Nasyid oleh gabungan pelajar KAFA Fathul Furqan Lestari Putra

PERSEMBAHAN SAJAK OLEH PELAJAR KAFA FATHUL FURQAN LESTARI - BERJUDUL GURU


Syair berjudul Guru yang telah dideklamasi sajak oleh wakil pelajar KAFA Fathul Furqan, Lestari Putra.

PERSEMBAHAN NASYIB OLEH PELAJAR FATHUL FURQAN SEMPENA HARI MAULIDUR RASUL 2007


Majlis Hari Kecemerlangan Pelajar & Sambutan Maulidur Rasul 2007

PENTOMIN (LAKONAN) OLEH PELAJAR FATHUL FURQAN - BERJUDUL SELIMUT PUTIH




Lakonan yang menyayat hati dan teladan kepada kita semua ketika saat sakarotulmaut.

PENTOMIN (LAKONAN) OLEH PELAJAR KAFA FATHUL FURQAN BERJUDUL - SELIMUT PUTIH


Lakonan semula serta muzik lagu/syair sakarotulmaun

PENTOMIN (LAKONAN) PELAJAR FATHUL FURQAN - BERJUDUL SELIMUT PUTIH



Malam Kecemerlangan Pelajar & Makan Malam bersama dengan Ibubapa & pelajar KAFA tahun 2007



Makan Malam Pengetua KAFA (Ustzah Rosmaini Hj Jusoh) bersama Ibubapa Kafa Fathul Furqan Putrajaya & Lestari Putra, pada 16hb April 2007.





Penyampaian Hadiah Hari Kecemerlangan Pelajar 2007 oleh Wakil JAWI kepada pelajar-pelajar Fathul Furqan Putrajaya







Malam Kecemerlangan Pelajar Fathul Furqan 2007











TENAGA PENGAJAR KAFA FATHUL FURQAN


Barisan Tenaga pengajar (Ustazah) KAFA Fathul Furqan Putrajaya & KAFA Integrasi Fathul Furqan Lestari Putra


Makan Malam Bersama IbuBapa Pelajar KAFA Fathul Furqan Lestari Putra


Gambar - Majlis Makan Malam Bersama Ibubapa Dan Pelajar KAFA Fathul Furqan, Di Putrajaya


Gambar - Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra dengan Ibubapa Dan Pelajar KAFA Fathul Furqan 2007, Putrajaya

Majlis Makan Malam Dan Ramah Mesra Bersama Ibu Bapa Pelajar KAFA Fathul Furqan Putrajaya Dan Lestari Putra
Majlis ini diadakan pada 16 April 2007 di Dewan Orang Ramai Presint 9, Wilayah Persekutuan Putrajaya


Malam Kecemerlangan Pelajar 2007
Pelajar KAFA Putrajaya mempersembahkan lagu Nasyib. Seramai 12 orang ahli yang terdiri dari pelajar Tahun 1 hingga Tahun 4



Tuesday, November 20, 2007



Gambar Pelajar KAFA Fathul Furqan